Ekoran tamparan pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini, Pakatan Harapan harus menyedari bahawa penggubalan undang-undang dana pembangunan kawasan yang saksama adalah demi kepentingan politiknya sendiri bagi jangka panjang. Hujah Anwar bahawa AP boleh dilangkau agar dana pembangunan kawasan disalurkan “terus kepada rakyat” adalah karut sama sekali. Dana pembangunan kawasan yang saksama bukanlah satu keistimewaan yang boleh diagihkan mengikut selera eksekutif. Ia merupakan hak setiap wakil rakyat yang dipilih serta rakyat di kawasan pilihan raya yang mereka wakili. Penggubalan undang-undang dana pembangunan kawasan yang saksama bakal memastikan bahawa peruntukan bagi mempercepatkan projek infrastruktur kecil dan bantuan kebajikan kawasan dikendalikan oleh wakil rakyat yang dipilih secara demokratik tanpa mengira parti politik mereka.