None
EN
Api kebencian terhadap Rohingya semakin marak / Hatred against the Rohingya is escalating
['Aliran Admin', 'Loh Chee Seng', 'Ranjan Paramalingam', 'Angeline Loh', 'Nasaree Bin Mohd Ismail', 'Gursharan Singh']
Aliran
[ENGLISH VERSION BELOW] Penang4Palestine (P4P) memandang serius peningkatan sentimen kebencian terhadap komuniti Rohingya di Malaysia.
Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang berhak menguatkuasakan undang-undang imigresen, menjaga keselamatan negara dan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Namun, ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan ucapan kebencian, fitnah, penghinaan atau hasutan terhadap sesuatu kaum atau komuniti.
Sebagai sebuah negara yang menjunjung nilai kemanusiaan dan keadilan, Malaysia perlu terus menjadi contoh dalam mengimbangi kepentingan keselamatan negara dengan penghormatan terhadap maruah manusia.
Kita boleh menyokong tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang, namun kita tidak boleh membenarkan kebencian terhadap keseluruhan komuniti menjadi budaya dalam masyarakat.