Ia menuntut satu jaminan bahawa mereka tidak akan dihantar kembali kepada ancaman nyawa, penganiayaan, penindasan atau pencabulan hak asasi manusia. Sejarah inilah yang menimbulkan persoalan penting: apakah jaminan bahawa mereka yang dihantar pulang hari ini tidak akan berdepan dengan risiko penganiayaan yang sama? Penang4Palestine menggesa agar kerajaan Malaysia mendapatkan komitmen bertulis daripada pihak Myanmar mengenai keselamatan, kebebasan dan layanan terhadap mereka yang dihantar pulang. Rasulullah SAW mengajar umatnya agar mempertahankan maruah manusia, membantu mereka yang dizalimi dan melindungi golongan yang kehilangan tempat bergantung. Jika keselamatan mereka tidak dapat dijamin, maka persoalan terbesar bukanlah bagaimana mereka dihantar pulang, tetapi apakah nasib yang menanti mereka selepas tiba di tanah air sendiri.